Pages

Saturday 12 May 2012

Kerana Mulut Badan Binasa



"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayai . Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui." 
( An-Nisaa’ , 148)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, dengan izin Allah, kita masih lagi diberi peluang untuk menghayati ciptaan-Nya yang Maha Agung. Sementara berkesempatan, marilah kita menambah amal ibadah dengan perkongsian ilmu yang sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan demi mendapat keredaan Allah Azzawajalla.

Kali ini kita akan menyentuh perihal butir kata yang keluar dari mulut.

Mulut manusia adalah salah satu anggota yang sangat bahaya. Buktinya, banyak keburukan dan keaiban orang tersebar kepada orang lain melalui mulut. Melalui kata-kata juga, banyak perkara yang benar menjadi tidak benar dan begitulah sebaliknya.

Dalam kehidupan seharian, kita hendaklah berkata-kata akan perkara yang baik sahaja. Sesungguhnya orang yang baik kata-katanya tergolong dalam orang yang beriman seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w :


مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

"Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam." 
(Hadis dari Abu Hurairah r.a., di rekod  al-Bukhari dan Muslim)

Allah juga membenci akan orang yang menggunakan mulutnya secara zalim. Perkara-perkara zalim tersebut termasuklah menipu, mengumpat, memfitnah, menghasut orang, memuji diri, mengutuk, mengeluarkan kata-kata kesat dengan tujuan menghina dan memalukan orang dan sebagainya. Perbuatan yang terkutuk ini bukan sahaja dibenci oleh Allah malah dibenci oleh orang lain kerana hal ini mengakibatkan orang lain teraniaya dan boleh menjatuhkan maruah orang tersebut.


Allah telah berfirman,

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhi lah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwa lah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani." ( Al-Hujuraat, 12)

Rasulullah juga telah bersabda,

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan
ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu
memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual
atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai
hamba-hamba Allah yang bersaudara." (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Kesimpulannya, kita mestilah mengelak diri daripada berfikiran buruk terhadap mana-mana pihak kerana hal ini akan menyebabkan kita mengeluarkan kata-kata yang buruk dan seterusnya mengurangkan pahala yang kita lakukan selama ini. Sesungguhnya semua perkara buruk itu berpunca dari hasutan syaitan yang keji.
Sebagai penutup,


Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa

Terlajak perahu boleh di undur,
Terlajak kata buruh padahnya


Renung-renungkan dan selamat beramal. J



By : Admin

No comments:

Post a Comment