Pages

Friday 11 March 2011

Manfaat dan Hikmah Bersabar

Kesabaran adalah kunci agar kita selalu ditemani dan dibimbing oleh Allah SWT. Sabar menghantarkan seseorang menjadi manusia sejati, elegan, dan bermartabat. Betapa banyak kerosakan yang terjadi akibat manusia tidak mampu untuk bersabar. Banyak kegagalan di dalam perancangan hidup juga diakibatkan kerana kurangnyasikap bersabar


Sabar memiliki banyak manfaat dan hikmahnya, di antaranya adalah seperti berikut:



1. Sabar Sebagai Penolong

Kesabaran boleh menjadi penolong yang akan menyelamatkan diri seseorang dari ditimba bahaya, baik bahaya dunia mahupun bahaya di akhirat. sebagai contoh misalnya ketika kita sedang memandu, 
biarkan seseoarang itu sudah lewat, dia tetap membawa kenderaannya dengan  penuh berhati-hati dan mengikut peraturan. Sewaktu lampu isyarat bertukar berwarna merah, dia pun berhenti, Sewaktu di bandar, kenderaan akan dipandu dengan had laju biasanya tidak melebihi 40 atau 50 km/jam. Secara tidak langsung, dia akan dapat menghormati pemandu- pemandu kenderaan lain yang ada di depan maupun di belakangnya, termasuk memberi kesempatan kepada pejalan kaki untuk melintas.

Jika sikap sabar sedemikian  dipraktikkan oleh setiap pemandu, maka Insya Allah, kita semua akan terselamat dari kemalangan, ia selamat dari disaman  oleh polis kerana memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan, dan orang awam yang lain dapat memandu dengan hati yang tenang tanpa risau akan ditunda dari belakang oleh pemandu kenderaan yang tidak bertanggungjawab.


 











2. Orang Yang Bersabar Adalah Orang Yang Beruntung

Setiap manusia normal di muka bumi ini pasti menginginkan keuntungan. Sebagai contoh yang boleh diambil , Seorang peniaga menginginkan untuk  memperolehi keuntungan  yang banyak dari hasil jualannya. Seorang pelajar atau mahasiswa yang menginginkan keuntungan  daripada  kelulusan semasa belajar, baik keuntungan  dalam mengusai sesuatu perkara yang telah di ajar mahupun memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaannya. Semua ini adalah hasil daripada kesabaran mereka. Bak kata pepatah "berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"

Sebagaimana tersurat dalam firman Allah SWT berikut, "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.” (QS Ali Imran [3]: 200).

Tak ada yang perlu diragukan dari janji Allah SWT, karena Allah tak pernah dan tak akan pernah mengingkari janji-Nya. Tak ada yang perlu dibimbangkan lagi dari keberuntungan bagi orang-orang beriman yang sabar dan bertakwa, keberuntungan itu pasti datang, pasti akan mereka terima, baik di dunia maupun di akhirat. Kalau tidak di dunia, pasti di akhirat, asal mereka benar-benar beriman dan benar-benar sabar.

oleh itu, senyumlah selalu: :-)



 



No comments:

Post a Comment