Pages

Friday 11 March 2011

Manfaat dan Hikmah Bersabar

Kesabaran adalah kunci agar kita selalu ditemani dan dibimbing oleh Allah SWT. Sabar menghantarkan seseorang menjadi manusia sejati, elegan, dan bermartabat. Betapa banyak kerosakan yang terjadi akibat manusia tidak mampu untuk bersabar. Banyak kegagalan di dalam perancangan hidup juga diakibatkan kerana kurangnyasikap bersabar


Sabar memiliki banyak manfaat dan hikmahnya, di antaranya adalah seperti berikut:

Wednesday 9 March 2011

nasihat imam syafie di dalam mencari sahabat yg baik

Nasihat Imam Syafie tentang Panduan Bersahabat

Sahabat yang BaikAku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap
jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya pada diri.
 

Monday 7 March 2011

adab menuntut ilmu dan berguru


Antara hak guru yang perlu ditunaikan adalah:-


1)Merendah diri terhadap guru.

2)Memandang guru dengan penuh hormat dan meyakini bahawa keperibadian mereka adalah lebih sempurna.

3)Panggillah guru dengan gelaran mulia sebagai tanda menghormati mereka.

4)Mengiktiraf hak guru terhadap diri kita.

5)Mendoakan untuk guru sepanjang hayat mereka.

6)Berkelakuan penuh sopan ketika mengikuti pembelajaran.

7)Meminta izin guru sebelum memasuki kelas, rumah atau tempat yang khusus seperti bilik guru.

8)Mendengar isi pengajaran dengan tekun walaupun topik perbincangan telah diketahui.

9)Tidak mengemukakan pertanyaan bagi sesuatu masalah yang telah pun diketahui jawapannya.

Imam Al-Syafie pernah mengungkap: "Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya."