Pages

Monday 7 March 2011

adab menuntut ilmu dan berguru


Antara hak guru yang perlu ditunaikan adalah:-


1)Merendah diri terhadap guru.

2)Memandang guru dengan penuh hormat dan meyakini bahawa keperibadian mereka adalah lebih sempurna.

3)Panggillah guru dengan gelaran mulia sebagai tanda menghormati mereka.

4)Mengiktiraf hak guru terhadap diri kita.

5)Mendoakan untuk guru sepanjang hayat mereka.

6)Berkelakuan penuh sopan ketika mengikuti pembelajaran.

7)Meminta izin guru sebelum memasuki kelas, rumah atau tempat yang khusus seperti bilik guru.

8)Mendengar isi pengajaran dengan tekun walaupun topik perbincangan telah diketahui.

9)Tidak mengemukakan pertanyaan bagi sesuatu masalah yang telah pun diketahui jawapannya.

Imam Al-Syafie pernah mengungkap: "Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya."

No comments:

Post a Comment