cuti semester x bermakna aku bercuti dlm mendalami ilmu gayong.
cuti semester ini aku gunakan dengan sebaik mungkin utk mengulangkaji pelajaran2 gayong dan menjalani latihan intensif khas. bertempat di SMK SERI PINANG , Kulai, Johor. aktiviti gayongku diteruskan sewaktu cuti semester ini. jika dlu kehadiranku di sekolah ini sebagai pelatih PSSGM, kini kehadiran aku ke gelanggang bertuah ini adalah sebagai seorang gurulatih muda. Aku telah membantu guru asalku Ustaz A Rahman Bin Ismail (Khalifah Besar PSSGM Johor) untuk mengajar di gelanggang bertuah ini.
sedikit gambar....
Friday, 1 July 2011
AMANAT MAHAGURU MEOR ABD RAHMAN KEPADA ANAK-ANAK GAYONG..
"Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu,
Jangan pecah rahsia hulubalang,
Nanti harimau hilang kuku"
Pengertian Bendera Dan Warna-warna Gayong
Bendera Gayong dikibar dalam mana-mana majlis rasmi yang melibatkan Silat Seni Gayong. Ia melambangkan kedaulatan organisasi Silat Seni Gayong. Pemilihan warna pada lambang dan bendera Silat Seni Gayong membawa mesej dan falsafah tertentu. Ia memancarkan semangat perjuangan dan inspirasi ahli dan murid Silat Seni Gayong di Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)