السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, hari ini Allah masih memberi peluang untuk kita menghirup udara yang dikurniakan
oleh-Nya. Mari kita menggunakan peluang ini untuk menambah lagi amalan di dada
dengan sedikit perkongsian ilmu ini.
Amarah. Manusia sering kali akan naik angin sekiranya tidak
berpuas hati akan sesuatu perkara. Bukan setakat itu sahaja, ada juga yang
bertindak di luar kawalan apabila mereka marah.
Menurut Al-Quran,
marah adalah satu kekuatan jahat yang menguasai manusia untuk melakukan perkara
yang tidak masuk akal. Kebiasaannya, marah ini adalah disebabkan hasutan
syaitan yang keji. Mereka gemar menghasut manusia-manusia yang sedang marah.
Oleh itu, apabila marah, kita digalakkan untuk membaca
"اعوذ بالله من الشيطان الرجيم"