Pages

Friday, 18 May 2012

Larangan Menderhaka Terhadap Suami



السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah. Hari ini Allah masih lagi memberi nikmat yang tidak terhingga kepada kita untuk terus beramal ibadah kepada-Nya. Dengan kesihatan akal fikiran serta fizikal, ingin Admin meneruskan perkongsian ilmu pada kali ini agar kita bersama-sama mendapat manfaatnya.

Kini, acap kali kita mendengar berita tentang runtuhnya masjid yang dibina oleh si suami dan si isteri. Ada kes yang disebabkan si suami cari pengganti lain. Tidak ketinggalan juga ada yang disebabkan oleh si isteri yang dah bosan dengan si suami. Apa-apa pun sebabnya, berbalik kepada pangkal, si isteri sepatutnya wajib mentaati suami kecuali suami melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama kita. Bak kata pepatah, syurga di bawah telapak kaki suami.

Tuesday, 15 May 2012

Jagalah Perasaan Orang Lain




“Maka dengan sebab rahmat yang melimpah-limpah dari Allah kepada mu wahai Muhammad engkau telah bersifat lemah lembut kepada mereka sahabat-sahabat dan pengikut mu dan kalaulah engkau bersifat kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari keliling mu”. (Ali-Imran, 159)

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Syukur alhamdulillah, dengan kasih sayang Allah yang tidak terhingga, Dia masih memberi rahmat hidayah kepada kita semua untuk menjadi hamba-Nya yang taat. Dalam kesempatan ini, marilah kita mengambil peluang yang masih ada ini untuk muhasabah diri dengan sedikit ilmu yang ingin dikongsi bersama.

Sesuai dengan contoh ayat di atas, hari ini kita hendak mengutarakan perihal pentingnya menjaga hati dan perasaan orang lain.

Saturday, 12 May 2012

Kerana Mulut Badan Binasa



"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayai . Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui." 
( An-Nisaa’ , 148)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, dengan izin Allah, kita masih lagi diberi peluang untuk menghayati ciptaan-Nya yang Maha Agung. Sementara berkesempatan, marilah kita menambah amal ibadah dengan perkongsian ilmu yang sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan demi mendapat keredaan Allah Azzawajalla.

Kali ini kita akan menyentuh perihal butir kata yang keluar dari mulut.

Mulut manusia adalah salah satu anggota yang sangat bahaya. Buktinya, banyak keburukan dan keaiban orang tersebar kepada orang lain melalui mulut. Melalui kata-kata juga, banyak perkara yang benar menjadi tidak benar dan begitulah sebaliknya.

Dalam kehidupan seharian, kita hendaklah berkata-kata akan perkara yang baik sahaja. Sesungguhnya orang yang baik kata-katanya tergolong dalam orang yang beriman seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w :